Team OG ditabal Juara DoTa 2 di The Boston Major 2016

Pada 11 Disember 2016 waktu malaysia, Team OG ditabalkan Johan DotA 2 dalam The Boston Major 2016.

Team OG menewaskan pasukan AdFinem dengan 3:1 dalam siri best of 5. Walaupun game 1 dan game 2 didominasi oleh OG, game 3 memberi harapan kepada penyokong AdFinem

Game 3, hampir 80 minit penuh dengan aksi, kejutan, debaran dan emosi. Aku pun tengok dalam rumah sorang diri menjerit beri sokongan kepada AdFinem

Bukan setakat penonton di Wang Theater yang bersorak, malah pengulas pun sampai menjerit sekali disaat akhir game 3 itu. Aku sendiri tak senang duduk dibuatnya.

Aku sertakan sekali video pendek dibawah, saat dimana MNT dari AdFinem cuba menghancurkan throne pihank lawan


Game 4 kembali didominasi semula oleh OG dengan berkesudahan OG ditabalkan juara The Boston Major. Team OG membawa pulang USD$ 1,000,000 (RM 4,426,000.00), AdFinem pula RM 2,213,000.00 (USD$ 500,000)

4 Kejohanan Major dianjurkan Valve setakat ini, dan Team OG berjaya menjuarai 3 daripadanya. Satu-satunya team yang berjaya merangkul lebih dari satu kejohanan DotA anjuran Valve sendiri.


Peringkat separuh-akhir The Boston major


Sebelum final, tentunya ada separuh-akhir. Pukul 11 malam tadi, 10 Disember 2016, perlawanan separuh akhir pertama dimulakan antara Team OG menentang Evil Geniuses.

Dan Adfinem menentang Digital Chaos, format separuh akhir best of 3. Jujurnya aku tidur semasa peringkat separuh akhir dengan harapan bangun tengok Adfinem dan Team OG di final.

Fuf, bangun jer memang betul, Team OG menang dengan Evil Geniuses 2:0 dan Adfinem menang dengan Digital Chaos 2:0 jugak.

Perjalanan The Boston Major kali ni diaturkan oleh pihak PGL memang terbaik, penuh dengan content yang menarik diisi antara ruang masa siri ke siri yang lain.

@SirActionSlacks dengan pelbagai video pendek yang menarik menghiburkan penonton di rumah dan di theater. Antara Major terbaik setakat ini.


Pengumuman Patch 7.00


Sebelum menutup kejohanan DotA 2, The Boston Major, ada satu video menarik yang menyatakan pagi esok akan keluar patch baru dan besar!

Sejak tahun 2005, patch 6.01 diperkenalkan, hampir 12 tahun DotA berovolusi tapi kekal dengan patch 6.XX tapi kali ni sampai masa untuk 7.00.


Jadi The New Journey yang diumumkan dulu Valve semasa kejohanan The International mungkin disertakan sekali dengan patch baru ni, dan mungkin sekali dengan hero baru Monkey King

Ramai yang jangkakan perubahan besar dalam gameplay akan diperkenalkan dalam patch 7.00 dan aku sendiri dah tak sabar lagi menunguuuU!

Pub-Game memang mengancam jiwa dan raga lagi selepas ini. Boleh semak di DotA2.com/700

Jangan lupa, The Kiev Major 2017 bulan April 2017 nanti!

Catatan popular daripada blog ini

8 pautan Google yang pengguna mesti tahu

DoTa 2 The Boston Major - Hari Ketiga Main Event | Suku-Akhir | 9 & 10 Disember

DoTa 2 The Boston Major - Pusingan Penyingkiran 7 Disember 2016