DoTa 2 The Boston Major - Pusingan Penyingkiran 7 Disember 2016

Baru ini dah berlangsung peringkat kumpulan pada 3 hingga 5 Disember 2016. 16 pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan sistem double elimination untuk menentukan seed masing dalam pusingan penyingkiran. Boston Major kali ini terdiri daripada 8 pasukan jemputan dan 8 lagi pasukan menerusi peringkat kelayakkan dalam wilayah masing2. Warrior Gaming United (WG.U) dari Malaysia antara yang layak ke Boston Major menerusi kelayakkan peringkat Asia Tenggara (SEA).

Pada asalnya, pasukan Execration dari Filipina dijemput untuk menyertai Boston Major tetapi terpaksa digantikan dengan pasukan LGD Gaming kerana masalah Visa. Adam Erwann Shah "343" Akhtar Hussein dari Malaysia antara yang mewakili Execration juga terlepas dari menghadiri Boston Major. Kejohonan ini dianjur oleh pihak Valve sendiri yang mana merupakan siri pertama untuk Kalendar 2016/2017. Pasukan yang selalu menjadi sumber inspirasi pemain Dota 2 di Malaysia yaitu Fnatic juga gagal layak selepas kalah diperingkat kelayakkan dengan pasukan WG.U


Dalam peringkat kumpulan A menyaksikan dominasi pasukan Digital Chaos (DC) dan berada di Top Seed tanpa kalah walaupun satu game. WG.U walaupun pada awalnya menang menentang Wings Gaming tetapi selepas kalah dengan DC terpaksa berjumpa semula dengan Wings. Wings menang dengan keputusan 2-0. Dalam kumpulan B pula didominasi oleh Virtus.Pro (VP) dengan menewaskan MVP Phenoix dan Newbee.


Hari kedua peringkat kumpulan C dan D bermula sengit dengan kejutan Evil Geniuses (EG) tunduk kepada Complexity 2-1, walaupun kemudianya EG menang menewaskan pasukan Faceless (fL) tetapi sekali lagi kalah 2-1 dengan Complexity. Manakala OG perlu berkerja keras menewaskan IG.V dan Adfinem (AF) masing-masing dengan 2-1 sebelum berada di Top Seed.


Jadual dan kedudukan pasukan dalam pusingan penyingkiran ditentukan selepas semua peringkat kumpulan tamat. Untuk Major kali ini valve menggunakan sistem Single Elimination yang mana kebiasaanya sistem Double Elimination untuk peringkat penyingkiran. Jadi banyak pasukan pilihan akan tersingkir awal kerana bertemu sesama sendiri di peringkat awal.


Strategi dan kemahiran setiap pasukan untuk Boston Major ini menarik dan berada ditahap tinggi dengan banyak kejutan dan keputusan yang mengejutkan. Versi patch 6.88f betul-betul memberikan team fight yang menarik dan berkualiti berbanding permainan jenis afk farming sampai ke tua. Sama-sama kita nantikan pusingan penyingkiran yang dijadualkan pada pukul 11.00 malam, 7 Disember 2016 waktu Malaysia. Pusingan penyingkiran ni akan diadakan di Wang Theater, Boston, United States.


Dota 2 Malaysia - Warrior Gaming Unity

Dalam masa sama, mari kita bagi sokongan kepada Warrior Gaming Unity demi masa depan Dota 2 Malaysia, Majulah E-sukan untuk negara.



sumber dari wiki.teamliquid.net, thebostomajor.com, twitter @wykrhm dan facebook WGunity

Catatan popular daripada blog ini

8 pautan Google yang pengguna mesti tahu

DoTa 2 The Boston Major - Hari Ketiga Main Event | Suku-Akhir | 9 & 10 Disember