DoTa 2 The Boston Major - Hari Kedua Main Event | 8 & 9 Disember

Aku tertidur awal semalam, banyak game terlepas ... argh! Tak dapat tengok team faceless beraksi, sedih gua, bertambah lagi sedih sebab kalah pulak. Okay, seperti hari pertama Main Event Boston Major semalam, hari kedua juga berlangsungnya pusingan penyingkiran. 4 pasukan layak ke peringkat suku-akhir sekiranya menang, dan 4 pasukan lagi akan tersingkir. Setiap pasukan yang tersingkir membawa pulang RM 277,090.63 (USD$ 62,500).

Hari kedua dimulakan dengan Digital Chaos menang agak mudah menentang pasukan faceless, nampak porak peranda terutamanya game 2. Digital Chaos menang 2:0. Siri seterusnya antara Team NP dan Ehome. Hampir semua ahli antara kedua team ini merupakan vateran dalam DoTa 2, orang kata ayam lama ar, terutamanya Ehome ..! yosh! Sejak dari semalam, semua siri berkesudahan 2:0, tetapi pertembungan antara NP dan Ehome berkesudahan 2:1 dengan kemenangan milik NP, dan Scientists Still Baffled


Jam menunjukkan pukul 5.40 pagi, aku terjaga dari tidur, terus gosok gigi, ambil wudhu' dan sembahyang subuh. Lepas tu on laptop, yeah ..! Adfinem dah ready nak lawan Newbee. Lepas Adfinem menang lawan Team Secret semasa peringkat kelayakan kawasan, aku minat gilo tengok team Adfinem, dia punya semangat, passion dengan DoTa ni memang pure! Game 1, sedih ... dari minit 2 lagi Newbee dah menguasai game, walaupun macam ada bibik Adfinem nak melawan tapi tersungkur setiap kali cuba team fight. Newbee menang game 1. Game 2, Singa greek mengaum, Verros "Maybe Next Time" Apostolos dengan hero Bounty Hunter menjadi punca kemusnahan tembok china, ditambah pula dengan kuasa air Morphling dari Omar "Madara" Dabasas. Adfinem berjaya mengikat siri dengan 1:1.


Game 3 dimulakan, Newbee nampaknya dah hormat dengan kelebihan Bounty Hunter ditangan Maybe Next Time, jadi mereka ban. Tetapi courier pasukan Newbee tetap tak selamat, sentiasa diburu Adfinem. Game 3 penuh dengan aksi, dengan 37 kill sepanjang 32 minit. Adfinem kali ini mencipta rekod baru untuk diri mereka sendiri, kali pertama ke Event yang dianjurkan Valve dan berjaya menewaskan antara pilihan juara Boston Major. Newbee kecewa lagi, Adfinem melonjak gembira sampai habis meja dihentam Giorgos "SsaSpartan" Giannakopoulos, memang penuh dengan emosi. Hampir semua yang berada di Wang Theater berdiri dan bersorak untuk Adfinem pagi tadi.

Dengan kekalahan Newbee, china masih lagi tiada wakil ke suku-akhir Boston major tetapi mujurlah siri terakhir untuk hari kedua ini antara LGD dan LGD.Forever Young (LFY), 2 pasukan dari china dalam satu organisasi yang sama bertemu sesama sendiri. Walaupun ramai yang jangka LGD mungkin boleh menang mudah lagipun rekod pertemuan 8 game terakhir antara LGD dan LFY hanya 1 game dimenangi LYF. Tetapi, pentas major bukan tempat mengingati sejarah lampau, tetapi tempat mencipta sejarah, LYF menang 2:0 dan jadi wakil tunggal dari China di suku-akhir


Okay, selesai sudah hari kedua Boston Major, malam nanti pukul 11:00 malam waktu Malaysia sama dengan pukul 10 pagi di Boston akan bermula hari ketiga Main Event dimana peingkat suku-akhir bermula. Jadual dan team yang terlibat malam ini boleh tengok dalam gambar diatas. Virtus.pro vs Evil geniuses pukul 11 malam ini, 9 Disember. Kemudian Wg.Unity vs OG pukul 2:30 pagi, 10 Disember dan diteruskan dengan DC vs NP pukul 6:00 pagi. Hari ketiga akan diakhiri dengan siri antara Adfine vs LFY.

Beri sokongan kepada WG.Unity


Pastikan anda semua tengok WG.Unity dari Malaysia versus OG yang dijadualkan pukul 2:30 pagi nanti, pakat ramai2 yang ada twitter #Dota2Malaysia #TeamMalaysia. Majulah esukan untuk negara, dota 2 terutamanya.



Catatan popular daripada blog ini

8 pautan Google yang pengguna mesti tahu

DoTa 2 The Boston Major - Hari Ketiga Main Event | Suku-Akhir | 9 & 10 Disember

DoTa 2 The Boston Major - Pusingan Penyingkiran 7 Disember 2016