Top 5 Blog Malaysia 2016 Edisi rotiBeku

Dengan rasminya aku mulakan post dalam blog rotiBeku ini dengan menyenaraikan 5 blog terbaik di Malaysia tahun 2016 menurut pemerhatian dan pemahaman aku sendiri.

Secara jujurnya payah hendak pilih blog mana yang terbaik kerana sekarang tiada lagi penanda aras (benchmark) yang objektif boleh aku gunakan seperti Alexa dan Google Pagerank.

Jadi pilihan aku banyak berdasarkan Malaysia Social Media Week Awards, pengikut di Facebook, Page Indexed dalam Search Engine dan perasaan peribadi.

Senarai 5 Blog popular di Malaysia pilihan Roti Beku


Blogserius.blogspot.com ~ Trivia dan Fakta ~ Obefiend
Blog yang serius tentang informasi dan fakta menarik diserata dunia. Lebih dari 7000 artikel dan lebih dari 10,000 pengikut dari profail google. Tahun 2011 dulupun blog ini dah cecah lebih dari 40 juta pageviews, sekarang dah tahun 2016, aku tak tahula berapa juta lagi pageviews bertambah.


Denaihati.com ~ Motivasi dan Blogging ~ denaiHati Network
Blog yang bagus tentang dunia blogging semasa dan motivasi untuk usahawan online dan juga offline. Denaihati ini aku mula baca tahun 2010 dulu lagi, sampai sekarang masih segar bugar blognya. Lebih dari 1 Juta pengikut di fanpage facebook dan 15 ribu lebih pengikut di twitter.


Benashaari.com ~ Blog Peribadi dan Pelbagai ~ Ben Ashaari
Blog dari blogger terkenal dan sado. Biasanya memberi pendapat tentang isu semasa menerusi pendapat beliau sendiri secara matang. Ada lebih dari 20juta Pageviews dan ada kelab blogger sendiri dengan lebih 24ribu ahli.

Ohbulan.com ~ Hiburan dan Gossip ~ Oh Bulan!
Blog cerita gossip dalam dunia hiburan dan isu social semasa dalam Malaysia. Ohbulan juga aktif post di fanpage facebook mereka dan mempunyai lebih dari 1.5juta likes.

lyssasecret.com ~ Blog Personal dan Pelbagai ~ Lyssa Faizureen
Antara ahli kelab blogger Benashaari. Blog banyak berkisar tentang ... macam2 la, aku pun tak tahu. Hampir 20juta pageviews dan dekat 60ribu pengikut dari google.

Jadi, setakat ni sahaja senarai top 5 blog malaysia 2016 edisi rotiBeku. Mungkin korang tak setuju dengan pendapat aku, aku tak boleh nak kata apa. Korang boleh bagi feedback di ruangan komen dibawah. Banyak lagi pilihan blog lain yang setanding atau mungkin lebih popular dari blog yang disenaraikan, takde data tepat yang dapat pertimbangkan buat masa ini. Lagipun dah lame aku tinggalkan dunia blogging ni, sekarang baru nak aktif balik dengan domain baru, jadi banyak lagi mende baru yang aku perlu belajar dari asas semula.

Catatan popular daripada blog ini

8 pautan Google yang pengguna mesti tahu

DoTa 2 The Boston Major - Hari Ketiga Main Event | Suku-Akhir | 9 & 10 Disember

DoTa 2 The Boston Major - Pusingan Penyingkiran 7 Disember 2016